Monday, 3 November 2014

Doktor pun makan suplemen ke?



Saya mula berkenal-kenalan dgn suplemen baru lagi, dalam tahun 2010. Masa tu baru bersalin anak pertama, kerja kat klinik yang tak se busy hospital, exercise plak dah kurang lepas kawen, huhu.. mula la rasa badan dah satu macam. Not as fit as before. Tengok plak patient dgn sakit yang bermacam-macam. Masa tu la yg terfikir nak try suplemen.. kita yg rasa  macam mana badan kita kan. Kita sendiri blh decide perlu tak lakukan sesuatu supaya tak  jadi makin teruk.

So dalam tempoh 3 tahun tu macam2 suplemen juga dah try, tapi frankly speaking nak konsisten tu bukan senang la, hahaha.. doktor pun ada  yang culas ubat  tau. Ini realiti, hehe.. Ada yg berkesan, ada yg kurang berkesan.. nak pilih suplemen pun kena try & error jugak tau. Mana nak tahu suplemen apa yg sesuai & berkesan utk kita. Tapi try tu jangan lah seminggu dua je dengan tak konsisten lagi, dah buat kesimpulan yang suplemen tu tak bagus @ tak sesuai. Suplemen pun ambil masa nak bertindak, nak melawan penyakit2 yang dah berkurun dalam badan kita tu. 

Cuba & cuba lagi sampai la awal tahun 2014 ni saya mula berjinak - jinak dengan QASEH GOLD. Sebabnya tertarik dengan kandungannya iaitu buah yang semulajadi ada dalam dunia ni, bukan hasil daripada kajian makmal, yang telah disebut dalam Al-Quran sebagai makanan yang bermanfaat untuk kesihatan serta melawan penyakit dan merupakan makanan sunnah. Saya bertambah tertarik bila tahu cara makan pun sangat mudah, hanya 2-3 sudu 2 kali sehari saya dah dapat manfaat sekurang-kurangnya 10 makanan sunnah. Sangat mudah kan? :-) Alhamdulillah anak-anak saya pun suka dan serasi dengan Qaseh Gold Junior. Bila dah mula amalkan Qaseh Gold  - Qaseh Adinda & Sole (walaupun tak  konsisten pada awalnya sebab selalu terlupa, hehe) saya sendiri dah rasa kesannya. Alhamdulillah :-)  jadi saya teringin berkongsi kebaikannya dengan semua orang supaya semua orang dapat manfaatnya, insyaAllah.. 




Sunday, 2 November 2014

Doktor pun makan suplemen ke?



Dalam pasaran sekarang ada bermacam-macam suplemen untuk dipilih kan, kadang-kadang sampai tak tahu yang cuba yang mana satu.. takut pulak kalau tersalah beli, tak menjadi ke, tak sesuai ke, mahal sangat ke tapi hasil tak seperti diharapkan. membazir je duit kan. Siapa pernah rasa macam ni? ehe.. Bila kita pernah sakit kita akan hargai nikmat sihat dan sanggup buat apa saja untuk jadi sihat, semakin sihat atau sihat kembali?? mencegah sememangnya lebih berbaloi daripada merawat ye.. bila dah sakit kualiti hidup pun dah terjejas, takkan sama dengan keadaan sebelum sakit dan selepas sembuh dari penyakit..

Ada juga suara-suara yang kedengaran.."doktor pun makan suplemen?" saya tertanya-tanya juga apa maksud di sebalik tu ye? doktor ni tak sakit ke tak perlukan suplemen? or doktor dah ada ubat hospital canggih2, free pulak tu, makan suplemen jugak ke? suplemen ni bukan wajib pun dan tak bagus pun, tak perlu makan pun.. atau org tu memang excited sbb doktor pun pilih makan suplemen..bersangka baik itu kan lebih baik :-)

Jawapan saya yang 100% daripada saya, tidak mewakili sesiapa dan tidak berkait dengan sesiapa pun :-) ialah...doktor = manusia ye, boleh sakit bila-bila masa dan mati pun bila-bila masa, tiada yang terkecuali. Macam yang saya kata awal2 tadi bila kita pernah sakit kita akan menghargai nikmat sihat. Kita yang rasa badan kita macam mana kan? kalau tiap-tiap hari kita tengok orang sakit semakin bertambah, semakin banyak penyakit yang bermacam-macam, org yang tak pernah sakit pun rasanya akan menghargai betapa nikmatnya anugerah SIHAT tu. Dengan keadaan persekitaran masa kini yang semakin tercemar, apa sahaja yang masuk ke dalam mulut dan tubuh badan ni tak boleh dipastikan selamat lagi walaupun setitis air putih pun, jadi kenapa tidak saya berikhtiar dengan mengamalkan suplemen. Tapi suplemen yang macam mana? kena pandai pilih jugak ye..jangan ikut orang je tapi bila suplemen tak sesuai dengan badan, tak memberikan kesan seperti yang diharapkan,dah mula rasa  frust, tertipu, rugi...tak gitu? hehehe...

Apa suplemen pilihan saya? kenapa saya pilih? apa suplemen pilihan anda dan kenapa anda memilih suplemen tersebut? Jom kongsi nak? :-)

Alhamdulillah semakin hari semakin ramai yang mula menyedari kepentingan menjaga kesihatan dengan melakukan usaha dan ikhtiar..suplemen pun satu ikhtiar juga kan? tapi masih ramai juga lagi yang masih tidak menerima 'kehadiran' suplemen ni. Adakah mereka yakin 100% dengan gaya hidup mereka, apa yang mereka makan, aktiviti, kerja mereka menyihatkan mereka? atau masih samar tentang kesan suplemen utk mereka yang memerlukan? atau merasakan pelaburan untuk suplemen demi kesihatan ini membazir sahaja? walau apa pun jawapan mereka, ia adalah hak mutlak individu..tidak perlu kita memperlekehkan orang2 yang tidak menyokong penggunaan suplemen dan begitulah juga sebaliknya.. HORMATI PENDAPAT MASING-MASING.. itu kan lebih harmoni :-)
KITA BERIKHTIAR, ALLAH JUA YANG MENYEMBUHKAN...INSYA ALLAH..CUBA DAN YAKIN.. SETIAP PENYAKIT ADA UBATNYA.. CUMA JANGAN SEKALI-KALI BERPUTUS ASA. SAKIT JUGA RAHMAT DARI ALLAH.. DIA YANG MEMBERI SAKIT, DIA JUGA YANG MENYEMBUHKAN..







Saturday, 25 October 2014

SALAM MAAL HIJRAH 1436H


Assalamulaikum wbt, 
Salam sejahtera satu Malaysia :-) 

Alhamdulillah, hasrat saya untuk mewujudkan satu blog khas untuk berkongsi kebaikan tentang suplemen khususnya QASEH GOLD FORMULASI MAKANAN SUNNAH di samping pelbagai maklumat terutamanya berkaitan kesihatan akhirnya menjadi kenyataan pada hari yang berkat ini. 
Apa yang ingin saya kongsikan adalah hasil pembelajaran, pengalaman, pembacaan serta perkongsian daripada sahabat2 dengan harapan sedikit sebanyak dapat membantu sesiapa sahaja yang memerlukan, insyaAllah :-) 

Simbolik maal hijrah tahun ini, saya sendiri berazam untuk berhijrah kepada keadaan yang lebih baik dari sebelumnya, untuk terus menyumbang kepada diri sendiri, keluarga serta masyarakat... Saya ingin mengajak semua untuk bersama-sama saya berhijrah untuk kebahagiaan akhirat juga dunia..semoga usaha kita yang termampu ini di pandang Nya..amin


*** rasa macam skema la pulak, hehe.. Blog ni santai2 je, happy2, jangan stress2, sebarang pendapat, pengalaman yang ingin dikongsikan adalah sgt3 dialu2kan, insyaAllah ***