Dalam pasaran sekarang ada bermacam-macam suplemen untuk dipilih kan, kadang-kadang sampai tak tahu yang cuba yang mana satu.. takut pulak kalau tersalah beli, tak menjadi ke, tak sesuai ke, mahal sangat ke tapi hasil tak seperti diharapkan. membazir je duit kan. Siapa pernah rasa macam ni? ehe.. Bila kita pernah sakit kita akan hargai nikmat sihat dan sanggup buat apa saja untuk jadi sihat, semakin sihat atau sihat kembali?? mencegah sememangnya lebih berbaloi daripada merawat ye.. bila dah sakit kualiti hidup pun dah terjejas, takkan sama dengan keadaan sebelum sakit dan selepas sembuh dari penyakit..
Ada juga suara-suara yang kedengaran.."doktor pun makan suplemen?" saya tertanya-tanya juga apa maksud di sebalik tu ye? doktor ni tak sakit ke tak perlukan suplemen? or doktor dah ada ubat hospital canggih2, free pulak tu, makan suplemen jugak ke? suplemen ni bukan wajib pun dan tak bagus pun, tak perlu makan pun.. atau org tu memang excited sbb doktor pun pilih makan suplemen..bersangka baik itu kan lebih baik :-)
Jawapan saya yang 100% daripada saya, tidak mewakili sesiapa dan tidak berkait dengan sesiapa pun :-) ialah...doktor = manusia ye, boleh sakit bila-bila masa dan mati pun bila-bila masa, tiada yang terkecuali. Macam yang saya kata awal2 tadi bila kita pernah sakit kita akan menghargai nikmat sihat. Kita yang rasa badan kita macam mana kan? kalau tiap-tiap hari kita tengok orang sakit semakin bertambah, semakin banyak penyakit yang bermacam-macam, org yang tak pernah sakit pun rasanya akan menghargai betapa nikmatnya anugerah SIHAT tu. Dengan keadaan persekitaran masa kini yang semakin tercemar, apa sahaja yang masuk ke dalam mulut dan tubuh badan ni tak boleh dipastikan selamat lagi walaupun setitis air putih pun, jadi kenapa tidak saya berikhtiar dengan mengamalkan suplemen. Tapi suplemen yang macam mana? kena pandai pilih jugak ye..jangan ikut orang je tapi bila suplemen tak sesuai dengan badan, tak memberikan kesan seperti yang diharapkan,dah mula rasa frust, tertipu, rugi...tak gitu? hehehe...
Apa suplemen pilihan saya? kenapa saya pilih? apa suplemen pilihan anda dan kenapa anda memilih suplemen tersebut? Jom kongsi nak? :-)
Alhamdulillah semakin hari semakin ramai yang mula menyedari kepentingan menjaga kesihatan dengan melakukan usaha dan ikhtiar..suplemen pun satu ikhtiar juga kan? tapi masih ramai juga lagi yang masih tidak menerima 'kehadiran' suplemen ni. Adakah mereka yakin 100% dengan gaya hidup mereka, apa yang mereka makan, aktiviti, kerja mereka menyihatkan mereka? atau masih samar tentang kesan suplemen utk mereka yang memerlukan? atau merasakan pelaburan untuk suplemen demi kesihatan ini membazir sahaja? walau apa pun jawapan mereka, ia adalah hak mutlak individu..tidak perlu kita memperlekehkan orang2 yang tidak menyokong penggunaan suplemen dan begitulah juga sebaliknya.. HORMATI PENDAPAT MASING-MASING.. itu kan lebih harmoni :-)
KITA BERIKHTIAR, ALLAH JUA YANG MENYEMBUHKAN...INSYA ALLAH..CUBA DAN YAKIN.. SETIAP PENYAKIT ADA UBATNYA.. CUMA JANGAN SEKALI-KALI BERPUTUS ASA. SAKIT JUGA RAHMAT DARI ALLAH.. DIA YANG MEMBERI SAKIT, DIA JUGA YANG MENYEMBUHKAN..
No comments:
Post a Comment