Monday, 3 November 2014

Doktor pun makan suplemen ke?



Saya mula berkenal-kenalan dgn suplemen baru lagi, dalam tahun 2010. Masa tu baru bersalin anak pertama, kerja kat klinik yang tak se busy hospital, exercise plak dah kurang lepas kawen, huhu.. mula la rasa badan dah satu macam. Not as fit as before. Tengok plak patient dgn sakit yang bermacam-macam. Masa tu la yg terfikir nak try suplemen.. kita yg rasa  macam mana badan kita kan. Kita sendiri blh decide perlu tak lakukan sesuatu supaya tak  jadi makin teruk.

So dalam tempoh 3 tahun tu macam2 suplemen juga dah try, tapi frankly speaking nak konsisten tu bukan senang la, hahaha.. doktor pun ada  yang culas ubat  tau. Ini realiti, hehe.. Ada yg berkesan, ada yg kurang berkesan.. nak pilih suplemen pun kena try & error jugak tau. Mana nak tahu suplemen apa yg sesuai & berkesan utk kita. Tapi try tu jangan lah seminggu dua je dengan tak konsisten lagi, dah buat kesimpulan yang suplemen tu tak bagus @ tak sesuai. Suplemen pun ambil masa nak bertindak, nak melawan penyakit2 yang dah berkurun dalam badan kita tu. 

Cuba & cuba lagi sampai la awal tahun 2014 ni saya mula berjinak - jinak dengan QASEH GOLD. Sebabnya tertarik dengan kandungannya iaitu buah yang semulajadi ada dalam dunia ni, bukan hasil daripada kajian makmal, yang telah disebut dalam Al-Quran sebagai makanan yang bermanfaat untuk kesihatan serta melawan penyakit dan merupakan makanan sunnah. Saya bertambah tertarik bila tahu cara makan pun sangat mudah, hanya 2-3 sudu 2 kali sehari saya dah dapat manfaat sekurang-kurangnya 10 makanan sunnah. Sangat mudah kan? :-) Alhamdulillah anak-anak saya pun suka dan serasi dengan Qaseh Gold Junior. Bila dah mula amalkan Qaseh Gold  - Qaseh Adinda & Sole (walaupun tak  konsisten pada awalnya sebab selalu terlupa, hehe) saya sendiri dah rasa kesannya. Alhamdulillah :-)  jadi saya teringin berkongsi kebaikannya dengan semua orang supaya semua orang dapat manfaatnya, insyaAllah.. 




No comments:

Post a Comment