Assalamulaikum wbt,
Salam sejahtera satu Malaysia :-)
Alhamdulillah, hasrat saya untuk mewujudkan satu blog khas untuk berkongsi kebaikan tentang suplemen khususnya QASEH GOLD FORMULASI MAKANAN SUNNAH di samping pelbagai maklumat terutamanya berkaitan kesihatan akhirnya menjadi kenyataan pada hari yang berkat ini.
Apa yang ingin saya kongsikan adalah hasil pembelajaran, pengalaman, pembacaan serta perkongsian daripada sahabat2 dengan harapan sedikit sebanyak dapat membantu sesiapa sahaja yang memerlukan, insyaAllah :-)
Simbolik maal hijrah tahun ini, saya sendiri berazam untuk berhijrah kepada keadaan yang lebih baik dari sebelumnya, untuk terus menyumbang kepada diri sendiri, keluarga serta masyarakat... Saya ingin mengajak semua untuk bersama-sama saya berhijrah untuk kebahagiaan akhirat juga dunia..semoga usaha kita yang termampu ini di pandang Nya..amin
*** rasa macam skema la pulak, hehe.. Blog ni santai2 je, happy2, jangan stress2, sebarang pendapat, pengalaman yang ingin dikongsikan adalah sgt3 dialu2kan, insyaAllah ***