Monday, 2 March 2015

Qaseh Gold Kuantan/Pekan

Anda orang kuantan? Nak cuba @ repeat order qaseh gold? Nak cod? Kalau pos lambat kan, postage lagi :-)

Cod available sekitar bandar kuantan, htaa, tg lumpur, peramu, berjaya permai, sungai soi, ump pekan, kg bentan, tg selangor..

Sms/whatsapp 016-9522475 :-)

Thursday, 19 February 2015

SOLE harus ada di rumah..



SOLE - PATI KRISTAL GARAM HIMALAYA... mesti ada simpanan di rumah saya.. kenapa? bagus sangat ke? apa fungsinya? 

Pada permulaan kenal QASEH GOLD ni saya baca dan baca dan baca tentang garam mineral himalaya ni di
http://www.himalayancrystalsalt.com.  Kata garam ni hasil kajian kan. Haruslah saya cari dan baca kajian tu. betul ke auta semata..hehe.. Bila dah baca dan cuba fahami, seriously memang sangat menarik, membuatkan saya tak teragak-agak nak mencuba dan mengesyorkan kepada orang lain. Masa tu tak try lagi, baru baca je ni..

Maka belilah pakej yang satu family + SOLE skali. SOLE ni untuk dicampur dalam minuman, makanya diminum la ya.. eeeeee... minum air garam, tak masin ke, huuuuu... takpela, cuba dulu, kata nak sihat kan.. harga untuk menjaga kesihatan ni jauh lebih murah daripada mendapatkan kembali kesihatan tau. Esoknya campur SOLE dalam 1.0L air minuman, bawa ke tempat kerja.. bila minum..mmm..ok la, rasa masin tapi takdelah sangat masin, boleh tolerate lagi la. seriously minum air gula masa pregnant tu lagi menyeksakan tau, huhu.. minum la tiap2 hari. Apa kesannya?

1) Cepat kenyang & lama kenyang ye.. kurang makan..
2) Lingkaran hitam bawah mata dah makin pudar.. sebab SOLE ke?  tapi memang makin kurang ( perasaan ke? Hehe ) rasa macam tak. :-)  Muka nampak lebih bermaya. kalau sebelum tu muka memang x bleh blah orang kata, huhu
3) Keletihan berkurangan, takdela tak letih langsung..bukan superwoman ni :-P

Yang 3 ni memang ketara kesannya.. saya suka SOLE :-)

TAPI YANG BUAT SAYA "FALL IN LOVE" dengan SOLE ialah.....

MASA ANAK DEMAM.... dua-dua orang demam panas, suhu 38-39.5 degree celsius. Malam2 masa nak tido lagi tinggi demamnya, menangis2. tawakkal lah buat tepid sponging guna air + SOLE.. alhamdulillah kurang panasnya. Tapi anak yang setahun lebih tu tiga hari menangis je, mengamuk..sangat lain dari kebiasaannya. Biasanya kalau sakit, demam pun takde hal, ligat semacam. Tapi hari-hari tu memang mengamuk sahaja, taknak didukung, dipujuk, serba tak kena sampai kami tak tahu nak buat apa dah. menangis sejam tanpa henti sampai bengkak matanya, sangat kasihan, huhuhu.. nak buat apa ni, buntu dah..

Tiba-tiba teringat SOLE. memang tawakkal minta pada Allah sembuhla anak ni. Letak 2-3 titis dalam air masak, bagi minum kat anak. lepas tu lagi 1-2 titis campur dalam susu.. Lepas sejam, anak ni dah boleh tersenyum, bangun main walaupun masih tak larat.. Ya Allah, keajaiban Mu.. mungkin ke asbab oleh SOLE tu tadi? tak mustahil kan..kebarangkalian tu ada. Esoknya bagi lagi SOLE. tak banyak, dalam 2-3 titis je campur dalam susu.. Alhamdulillah anak semakin sembuh, dengan kesan yang cepat dan ketara.. Mungkin kah SOLE dah meneutralkan keadaan dalam badannya, detoksifikasi berlaku dalam badan?  Proses pemulihan sedang berlaku? Wallahua'lam.. tapi sekurang-kurangnya ikhtiar tu membuahkan hasil kan..  Masya Allah.. 

Memang banyak testimoni tentang SOLE ni tapi bila dah rasa sendiri rasa yakin tu lebih kuat lagi.. cubalah jadikan SOLE sebagai bantuan semasa kecemasan atau dalam penggunaan untuk kehidupan seharian.. mungkin anda pun akan teruja

JOM EXPLORE :-) 

Wednesday, 18 February 2015

KENAPA QASEH GOLD??




Ada baaanyakkkk suplemen di pasaran skrg ni kan. Pilih je yg mana berkenan di hati, hehe.. Sebab suplemen ni pun kena ' try & error ' juga sebenarnya.. Selagi tak guna, tak tahu sejauh mana keberkesanan produk untuk diri sendiri kan..dah rasa baru tahu :-)  perlu ke kita ambil suplemen? Yang ni tepuk dada, tanya itu hati & rasa.. Confirm ke kita ni memang mempunyai kesihatan yang optimum? Persekitaran & pemakanan yang bersih & selamat? Selalu tak kita sakit? Kalau tak sakit pun, selalu tak rasa mudah letih, cepat lapar, stress, mudah marah, tak boleh concentrate dsb? Kalau ada tanda-tanda macam ni, cubalah berjinak-jinak dengan suplemen ni. Kemudian rasa perbezaannya.  Kalau ada perbezaan antara sebelum & selepas....fikir sendiri je lah ye :-) panjang pulak membebel, hahaha..

Saya mula kenal suplemen lepas kawen, lepas dah dapat anak seorang, mula rasa macam badan tak berapa 'fit'. Maka pernah la mencuba 2,3 jenis suplemen ni.. Memang ada kesan perubahan yang positif..hmm, bagus :-) tapi saya yang tak berapa bagus sebab bila nak kena telan biji ni tak berapa
nak konsisten sangat lah, haha.. Most of the time sebab terlupa, lain2 sebab malas nak makan berbiji2 'ubat', muak plak rasanya, huhuhu.. Tak boleh bayang macam mana pakcik makcik yang ada sakit jantung, kencing manis, darah tinggi dsb tu telan ubat yang berkarun-karun tu, huuuuuu... Kenyang
ngan ubat je lah orang kata.

Maka pencarian suplemen yang ngam masih diteruskan tahun demi tahun.. Lepas bersalin anak kedua ni dlm tahun 2013, google punya google terjumpa lah QASEH GOLD ni.. Baca review ok juga suplemen ni, produk berasaskan BUAH @ SAYURAN je, PEMAKANAN MENGIKUT SUNNAH plak tu.. Baca lagi... MUDAHNYA NAK MAKAN, 2-3 sudu 2 kali sehari.. JUS plak tu, BUKAN PIL
 @ KAPSUL.. Ehe..Bagus ni.. Orang kata RASANYA SEDAP.. Kalau sedap makan banyak kali pun takpe, hehehe.. Baca lagi testimoni..ramai juga yang dah merasa kebaikannya.. PRODUK MUSLIM,
under IMP pula tu.. Memang menarik.. Maka saya pun terus mencuba dan memang berpuas hati sehingga kini.. :-) sebab produk ni memang bagus maka saya nak berkongsi dengan semua orang di luar sana.. Semoga usaha kita ini ikhtiar terbaik untuk kesihatan kita yang optimum..insyaAllah....



Anak-anak saya memang suka dengan rasa QASEH GOLD JUNIOR ni..x susah pun nak suruh makan. Anak sulong saya sekarang umur 5 tahun, memang la culas ubat, bagi ubat hospital, ubat
farmasi, yang syrup, yang tablet @ kapsul, semua dimuntahkannya balik. Alhamdulillah dengan QASEH GOLD JUNIOR blh plak dia konsisten. Siap mintak nak makan lagi, terutama masa tak sihat.. Batuk ke demam ke sakit tekak, sakit ulu hati @ gastrik.. Lagi berbaloi sebabnya satu botol boleh KONGSI kakak dengan adik, tak payah nak beli asing-asing, hehe.. Kalau anak tak habiskan pun, mak ayah blh habiskan..tiada masalah membazir.. Suplemen je pun, bukan ubat yang spesifik kan.



JOM CUBA :-)